Kelantan adalah sebuah negeri yang indah terletak di utara Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Negeri Cik Siti Wan Kembang ini kaya dengan adat dan budaya, meliputi 10 daerah atau jajahan iaitu Kota Bharu, Gua Musang, Bachok, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.
Tarian Mak Yong, kratfangan wau, wayang kulit dan dikir barat adalah berasal dari sini.
Kota Bharu adalah ibu negerinya yang semakin pesat membangun namun masih mengekalkan tinggalan sejarah seperti Istana Jahar yang dibina daripada kayu.Jangan terkejut bahawa Lapangan Terbang Pengkalan Chepa di KB adalah yang paling sibuk di Pantai Timur.
Masakan orang kelantan mempunyai keunikan tersendiri dan kebanyakan warga negeri ini mengambil serius tentang makanan mereka.Disebabkan kedudukannya berhampiran sempadan Thailand, masakan Thai amat mudah didapati di sini.Anda juga boleh jumpa restoran yang menampilkan menu “kacukan” masakan Kelantan dan Selatan Thai.
Jadi apa lagi jom beramai-ramai kita terjah lokasi menjamu selera paling manarik di bawah ini untuk melengkapi pengalaman manis anda semasa berkunjung ke Kelantan.
Di Kota Bharu, tempat paling terkenal dengan nasi air ialah Restoran Mak Su Nab Nasi Air. Restoran yang terletak di Berek 12, Kota Bharu ini menyediakan ramuan yang terbaik ketika menghasilkan nasi air seperti, antaranya ialah kuahnya yang mempunyai rasa ayam yang sedap, kuah yang sentiasa panas, ayam yang dicarik-carik halus dan bau daun bawang yang sangat menyengat sehingga menusuk ke hidung.

Restoran Nasi Ulam Cikgu
Bagi anda yang sudah biasa tinggal di kampung-kampung, ulam-ulaman pasti menjadi salah satu makanan utama anda. Kalau tiada ulam, boleh hilang selera makan anda. Namun begitu, anda tidak perlu risau jika berkunjung ke Kota Bharu kerana di Restoran Nasi Ulam Cikgu anda dapat rasa pelbagai jenis ulam-ulaman yang dimakan bersama nasi, kuah singgang dan budu.
Restoran Ulam Cikgu terletak di Kampung Kraftangan, Kota Bharu dan ianya mempunyai dua cawangan di Kota Bharu iaitu Taman Orkid Pengkalan Chepa dan RTC Tunjung. Apa yang menarik lagi ialah, restoran ini juga menawarkan khidmat penghantaran ke rumah iaitu untuk pelanggan yang tinggal di kawasan bandar Kota Bharu, Tunjong, Wakaf Che Yeh, Pasir Hor, Kubang Kerian, dan Bunut Payong.
Mak Su Nab Nasi Air
Anda mesti biasa dengar moi sup tetapi adakah pernah dengar nasi air? Moi sup dan nasi air adalah makanan yang sama, cuma di Kelantan ianya dipanggil nasi air. Kalau anda ingin elak tercekik ketika makan, nasi air sangat sesuai untuk dijadiakan juadah tidak kira pagi,tengah hari atau malam.
Di Kota Bharu, tempat paling terkenal dengan nasi air ialah Restoran Mak Su Nab Nasi Air. Restoran yang terletak di Berek 12, Kota Bharu ini menyediakan ramuan yang terbaik ketika menghasilkan nasi air seperti, antaranya ialah kuahnya yang mempunyai rasa ayam yang sedap, kuah yang sentiasa panas, ayam yang dicarik-carik halus dan bau daun bawang yang sangat menyengat sehingga menusuk ke hidung.
Restoran ini juga mempunyai nasi ayam yang juga menjadi pilihan orang ramai sebagai juadah di tengah hari.
Warung Pak Mat Pulau Pisang
Nama warung ini tidaklah menarik dan nampak macam warung biasa sahaja, tetapi bak kata orang putih, “don’t judge a book by its cover”. Ini kerana Warung Pak Mat Pulau Pisang ini terkenal dengan sup kepala ikannya. Nampak menarik bukan? Sup kepala ikan memang jarang dijumpai di mana-mana kedai kerana selalunya kari kepala ikan yang biasa didengari.
Kopitiam Kita
Sebuah lagi kedai khas untuk sarapan pagi. Kopitiam Kita Sudah tidak dapat dipisahkan lagi dengan penduduk Kota Bharu dan juga pelancong. Ia menghidangkan pelbagai juadah popular Kelantan seperti nasi berlauk (Nasi Air Dingin), nasi tumpang, nasi kerabu, dan kuih muih tradisional.
Apa yang paling popular di sini atau ‘signiture dish’ adalah Roti Titab. Ia adalah roti bakar, telur separuh masak tengah tengah roti, dan kaya buatan sendiri di calit di setiap penjuru roti. Keenakan roti istimewa ini menjadi bualan ramai hinggalah ke luar negara.
Warung badik-badik
Warung Badik-badik mempunyai daya tarikan yang unik di mana ia akan menghidangkan pelanggannya dengan air-air seperti smootie yang segar, sihat dan lazat. Rupa bentuk smootie itu pun menjadi perbualan hangat di antara pengunjung kerana bentuknya yang amat cantik dan mengiurkan.Ini disebabkan hidangan yang disediakan lebih kepada menu anak-anak muda seperti smootie dan bihun ringkas.
(source:Goggle)
Comments
Post a Comment