Gating

Waktu aku dengan kawan-kawan aku kena tangkap buat kesalahan yang agak berat,kami ingat kami memang kena buang dari maktab waktu tu. Tapi kami bernasib baik sebab dapat peluang lagi untuk terus belajar di Maktab Tentera Diraja sampai tamat tingkatan 5.Tapi kami kena habiskan hukuman yang dijatuhkan pada kami oleh 'Chief Instructor' terlebih dahulu iaitu GATING.

Gating ini adalah satu bentuk hukuman dimana kami perlu memakai pakain loreng beserta kasut kawad yang berat dan dan memikul balak yang berat lebih kurang 10 ke 15 kilogram lepas tu lapor ke balai pengawal 4 kali sehari.Tempoh hukuman kami selama 9 hari dan 2 hari tu bulan puasa. Dah la balai pengawal lebih kurang 2 kilometer lebih dari blok penginapan. Tapi aku bersyukur la tak kena buang maktab time tu.Tadah ja la apa boleh buat. Tak kantoi tak salah boy, bila kantoi kau tadah la.

Waktu-waktu yang kami kena lapor ke balai pengawal adalah pada pukul 0600H, 1200H, 1800H, dan 2200H.

Kesalahan kami rasanya tak perlu diceritakan sebab mungkin mengundang masalah kalau cerita.
Tapi benda ni la yang tak kan kami lupakan sampai bila-bila.Sampai jurulatih panggil kami budak jahat.Siap ada nama kumpulan lagi jurulatih bagi.Nama kumpulan kami Bomb Squad sebab kami punya kesalahan ada kaitan dengan letup-letup nih.. Sekian dari aku ....

                                          ni waktu kami rehat sat lepas lapor balai pengawal


ni sebelum bertolak ke balai pengawal depan mess putra


ni dekat tengah blok penginapan

Pengalaman ni xkan dapat dekat mana-mana kecuali di MTD..x smua orang mampu hadap hukuman macam ni..memang time kena ni rasa mcm nak mati ja..tapi x mati pon..rasa ja.... setiap balak tu ada nama, contohnya aku x ingat..tapi nama pompuan la..Aku rasa benda ni la yang aku boleh cerita dekat anak cucu aku nanti..bangga apa dapat pengalaman mcm ni..

Aku x menyesal kena hukuman ni..aku cuma tak puas hati sebab kantoi...klu x kantoi kan lagi bangga tu...hahahha...apa-apa pon pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai aku mati..x semua orang boleh main smoke bomb suka-suka mcm kami..


Comments