PLAYER ESPORT PALING BERJAYA DI MALAYSIA

Walaupun ramai masih lagi pelik macam mana orang sekarang boleh buat duit dengan main game, peminat-peminat Esport sudah pun tahu yang jadi seorang yang handal bermain video game seperti Dota 2 dan Mobile Legends: Bang Bang mampu menjadikan seseorang itu kaya!

Esport di Malaysia sekarang ini pun makin lama semakin berkembang. Boleh dikatakan scene Esport sekarang memang scene yang menguntungkan untuk diceburi. Dengan sokongan daripada kerajaan dan brand-brand besar yang banyak support scene Esport di Malaysia sekarang, memang tak pelik bila makin ramai remaja yang menyimpan niat untuk menjadi seorang pro Esport players

 


Bila bercakap tentang duit, tahukah korang yang berdasarkan info daripada esportearnings.com, Malaysia berada pada tangga ke-16 untuk negara yang mempunyai pendapatan tertinggi daripada tournament Esport. Malaysia berjaya mengumpul pendapatan terkumpul sebanyak USD7,521,410.67 dengan hanya 465 Esport players.Itu baru tengok berdasarkan negara, kalau kita tengok berdasarkan player dari seluruh negara pula, Malaysia mempunyai beberapa player didalam senarai 100 Esport player paling kaya di dunia !


3 player dota terkaya di Malaysia 2019


MidOne

MidOne atau nama sebenarnya Yeik Nai Zheng merupakan seorang professional Dota 2 Esport player yang sekarang ini bermain dibawah Team Secret yang berasal dari Eropah. MidOne telah bertanding dalam 43 tournaments dan kemenangan terbesar yang dia dan team dia pernah menang adalah daripada tournament The International 2016 yang mana dia membawa p. ulang USD290,786.40.

Buat masa ini, MidOne merupakan Esport player ke-56 paling kaya seluruh dunia dan berada di tangga pertama Esport player paling kaya di Malaysia. Jumlah keseluruhan yang dia berjaya bawa pulang daripada 43 tournament adalah sebanyak USD1,189,374.27!

(source:Midone)

xNova


Jian Wei Yap atau lebih dikenali sebagai xNova adalah seorang pro Esport player bagi permainan video Dota 2. Dia sekarang ini sedang bermain dibawah salah satu team Dota 2 yang terkenal iaitu team LGD Gaming.

xNova telah bertanding dalam 24 tournament dan kemenangan terbesar dia dan team LGD Gaming berjaya bawa pulang adalah sebanyak USD817,029.60 daripada tournament The International 2018. Buat masa ini, xNova berada pada tangga ke-60 Esport player paling kaya dan berada pada tangga kedua Esport player paling kaya di Malaysia.

(source:xNova)


Mushi




Sebut sahaja nama Mushi memang semua pemain permainan video Dota 2 kenal siapa dia. Chai Yee Fung atau dikenali sebagai Mushi diantara peminat Dota 2 ini sedang bermain dibawah Team Aster yang berasal dari China.

Pada January 2014, Mushi telah berjaya mencapai USD100,000 pertama beliau selama beliau menjadi pro Esport player setelah dia berjaya membawa pulang USD33,046.93 bila dia dan team beliau mendapat tempat pertama dalam WPC ACE Dota 2 League. Buat masa ini Mushi berada pada tangga ke-66 antara pro Esport player paling kaya dan berada ketiga terkaya di Malaysia.

(source:mushi)


Akademi E-Sukan !

Kalau korang berminat untuk menceburi bidang esport dan mencadi jutawan dan sehebat seperti pro player yang lain anda boleh check out The Academy of Esport. Dekat sini anda boleh belajar bermacam-macam yang berkaitan esport. Majulah Esport untuk Negara !



Comments