BoBoiBoy Movie 2

Filem animasi paling ditunggu-tunggu BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2)telah mula ditayangkan di pawagam pada 8/8/2019.
 
Bukan satu bukan dua, tapi ditayangkan serentak di lima buah negara. Hebat bukan?

1 Filem Animasi Paling Cantik Setakat Ini

Perkara pertama yang berjaya menangkap pandangan penulis adalah kualiti animasi BBBM2!
 
Memang tak percaya ini hasil daripada produksi tempatan.
 
Babak 15 minit terawal saja sudah membuatkan penonton terpegun terutamanya melihat tekstur kulit makhluk gergasi dan wajah BoBoiBoy yang jauh lebih cantik berganda-ganda daripada filem pertama.
 
Anda pasti kagum melihat betapa majunya industri animasi di Malaysia sekarang. Thumbs up Animontsa!

Jalan Cerita Lebih Padat & Matang!


Apa yang penulis boleh rumuskan, jalan cerita BBBM2 lebih padat manakala plot filem ini juga tidak memeningkan kepala sebaliknya disusun dengan cantik sekali.
 
Banyak elemen 'throwback', namun penulis faham itu semua penting untuk memudahkan sesiapa saja yang tidak menonton filem pertama.
 
Jadi jika anda terlepas untuk tonton filem pertama, janganlah risau!

 Banyak Kejutan & Pelbagai Plot Twist, Tapi...


Yes, sebenarnya banyak kejutan dan plot twist yang disimpan oleh pihak Animonsta.
 
Jika anda lihat trailer rasmi di YouTube, itu hanya beberapa peratus saja.
 
Jadi penulis ambil kesempatan di sini supaya anda tidak mengeluarkan apa-apa 'spoiler' jika menonton filem ini bermula 8 Ogos.
 
Filem semaju ni tidak seharusnya dicemari dengan mentaliti lama.

Efek Bunyi Mengingatkan Kepada Filem Terbitan Marvel!

Mungkin kedengaran agak keterlauan, tapi ini pendapat penulis.
 
Dengar saja efek bunyi dan skor muzik yang digunakan dalam trailer BoBoiBoy, semuanya bukan lagi level animasi dahulu.
 
Efek bunyi yang BBBM2 gunakan sangat mempunyai 'vibes' filem supehero. Tidak hairanlah filem ini ditayangkan di luar negara!


Sekian saja dari saya

Comments