FA CUP FINAL 2019

27 Julai 2019.
Hari yang paling dinanti nantikan oleh semua rakyat Kedah mahupun Perak. Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menjadi saksi siapakah yang bakal menjulang Piala pada malam tu seterusnya melayakkan diri untuk bermain di piala AFC tahun depan. 

Pagi sabtu tu memang bangun awal gila ahh, standard final semangat dia lain macam sikit. Aku dgn family bertolak lepas zohor dari Sungai Buloh and dalam perjalanan tu dok ketaq dah tambah hujan pulak adoii jemm. Alhamdulillah jalan pun tak sesak sangat. Dalam pukul 3.30 ptg kami sampai stadium tapi rushing gak laa parking banyak dah penuh dgn tiket tak tukaq lagi adoii jem. Orang kedah jenih awai semua benda sampai2 nak beratuq redeem ticket, nahhh penuh bakhang!



Sejam gak laa nak lepas masuk ni pun. Nasib masuk dalam banyak lagi seat tak penuh. Pukul 6 woi masuk pishang taktau nak kata. Apa lagi round stadium dulu laa.  



Ronda punya ronda pukul 8 dah. Debaran kian terasa tapi final tahun agak slow sikit nak banding dgn tahun lepas lepas. Nak kata bajet kurang ka apa taktau la tu depa punya pasai. Janji aku sampai bukit jalil. Tepat jam 8.30 serentak semua penyokong satu stadium berdiri untuk buat viking clap seterusnya mencatatkan rekod dalam Malaysia book of records dgn jumlah penonton 85200 orang. Video tak sempat nak ambik sbb enjoy the moment 😆

Pukul 9 malam kick off start diadili oleh pengadil dari Jepun. Mantap ref ni dia pandai control game, mau taknya minit 15 Bad dah kena kad kuning tanpa amaran. Pastu ramai lagi lepas tu player Perak kena memang semua bad boy behave la lepas tu hahaha. Game agak perlahan sbb tak banyak hantaran lorong. Midfield kedah pun tak hidup. 

Main punya main serang punya serang sampai minit 93, Perak dikejutkan dgn layangan kad kuning kedua kepada Amirul Azhan seterusnya menghantar beliau terus ke bilik persalinan. Perak ke masa tambahan dgn 10 pemain dan memberi kelebihan kepada Kedah. 2 minit lepas masa tambahan Aidil Shahrin membuat pertukaran memasukkan Fazrul Danel. Minit 105 bermula gerakan dari bawah hantaran kepada Rodriguez kemudian lorongan ke sebelah kanan kepada Rizal Ghazali, cutback ketengah Hafizul(GK Perak) sudah terbaring bola melepasi beliau, Fazrul Danel membuat tapping dgn kaki kiri serta teknik yg betul seterusnya menggegar jaring Perak. GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

WHAT A NIGHT WHAT A NIGHT. Tamat perlawanan Perak 0-1 Kedah. Seronok tu memang takyah dok kata laa habih riang dah. Nak balik Melaka pun semanagat la sikit haha. Apa PUN perjalanan panjang lagi, misi untuk memburu piala malaysia pulak yg akan start esok (3/8/2019) lawan Negeri Sembilan di Paroi. Good game Kedah Well played Perak. Until next time!


FA CUP CHAMPIONS 2019
FB KFA
#PulunKedahPulun #KejorYobKejor #CHAMPION5 #TheseColorsNeverRuns #KahaqKetegaq #BiarJasaJadiKenangan

Comments