FAKTA MENARIK TENTANG BLUETOOTH

       
FAKTA MENARIK TENTANG BLUETOOTH


Image result for bluetooth
source:https://windowsreport.com/pc-bluetooth-windows-10/

   Bluetooth merupakan satu teknologi yang bole dijumpai salam semua peranti pada masa kini. Contohnya dalam telefon pintar, komputer riba dan banyak lagi. Bluetooth mula diperkenalkan pada tahun 1994 oleh sebuah syarikat di Sweden iaitu Ericson. Ia pada asalnya difikirkan sebagai satu pilihan wayarles kepada kabel data RS-232. Ia boleh bersambung dengan beberapa alat mengatasi masalah penyelarasan. 







Image result for bluetooth range
source:http://www.bluetoothproximitybeacon.com/beacons/bluetooth-beacon-range/

1.Range pada bluetooth

Teknologi Bluetooth merupakan satu teknologi tanpa wayar yang paling popular pada masa kini. Salah satu teknologi yang tidak memerlukan kabel untuk digunakan tetapi Bluetooth mempunyai batasan dari segi jarak. Keberkesanan Bluetooth bergantung pada jarak antara peranti. Semakin jauh jarak antara peranti semakin lemah keberkesanan Bluetooth.






Image result for bluetooth frequency
source: https://www.quora.com/If-both-Wifi-and-Bluetooth-works-on-2-4ghz-Frequency-then-What-makes-them-different

2.Menggunakan frekuensi radio

Teknologi Bluetooth menggunakan frekuensi radio untuk menghantar maklumat  tidak seperti televisyen yang menggunakan isyarat jarak jauh.Bluetooth beroperasi pada frekuensi antara 2402 dan 2480 MHz, atau 2400 dan 2483.5 MHz termasuk jalur adang selebar 2 MHz di hujung bawah dan 3.5 MHz lebar di hujung atasnya.Julat-julat frekuensi ini merupakan jalur frekuensi radio julat rendah 2.4 GHz yang digunakan untuk tujuan industri, saintifik dan perubatan.








Image result for bluetooth device
source:https://www.wikihow.com/Use-a-Bluetooth-Device


3.Bilangan gadjet yang boleh disambung

Bluetooth boleh terus disambungkan ke peranti secara automatik. Sambungan Piconet Peranti Bluetooth induk boleh berkomunikasi dengan sehingga tujuh alat-alat dalam Wireless User Group. Kumpulan rangkaian ini sehingga lapan alat-alat dipanggil piconet. Alat-alat boleh berubah peranan, dengan persetujuan semua peranti, dan boleh menjadi induk pada bila-bila masa. Bluetooth merupakan satu paket berpangkalan protokol dengan struktur master-slave. Satu master boleh berkomunikasi dengan sehingga 7 client (slave) dalam piconet; semua alat berkongsi jam induk.

Comments