Skip to main content

Kulasingam digeruni Botak Chin

BOTAK Chin yang menggemparkan negara dengan siri rompakan bersenjata dikawal ketat anggota polis keluar dari Hospital Kuala Lumpur pada 11 Jun 1981.

Bahagian akhir - Terlibat dalam bidang kepolisan pada usia semuda 19 tahun, bakat kepemimpinan dan kemampuan menyelesaikan banyak kes jenayah terserlah walaupun pada awal pembabitan.
Dari situ bermulalah perjuangan bekas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ketika itu, Deputi Superintendan, S. Kulasingam atau lebih dikenali sebagai Kula dalam memastikan kedaulatan dan ketenteraman negara terus dipelihara.

Ketokohan Kula terserlah apabila diberi kepercayaan memegang beberapa jawatan penting
Source : Utusan 

dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menuntut keberanian dan komitmen tinggi.
Sepanjang kerjayanya selama 35 tahun dalam PDRM, Kula mencatat kejayaan cemerlang apabila menumpaskan 25 kumpulan kongsi gelap termasuk geng pecah rumah serta geng rompakan bersenjata di ibu negara, Johor Bharu, Pulau Pinang, Sarawak dan Brunei.
Kula pernah ditembak dalam satu insiden pada 22 November 1975 di persimpangan lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.
Ketika itu, Kula mengetuai operasi memerangi penjenayah berbahaya, lebih 11 das tembakan dilepaskan dari dalam sebuah kereta dan beberapa butir daripadanya me­nembusi tubuh Kula.
Orang yang bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut ialah penjenayah terkenal, Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin.Tembakan itu menyebabkan tulang rusuk Kula patah, sebahagian daripada hatinya turut hancur manakala sebutir peluru menembusi paru-parunya.
Biarpun sebahagian hatinya hancur ditembusi peluru, namun kejadian itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk kembali bertugas selepas tiga bulan menjalani rawatan.
Kegiatan jenayah Botak Chin yang semakin menjadi-jadi sepanjang Kula dirawat telah membakar semangatnya untuk memburu penjenayah itu. Kula membuktikan keberaniannya sehingga perompak terkenal itu berjaya diberkas dan diseret ke tali gantung.

Selepas Botak Chin digeruni oleh Pasukan Kulasingam
Source : Google
Sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Botak Chin bersumpah untuk membunuh Kula. Kejadian ditembak kumpulan Botak Chin bukannya insiden pertama dan terakhir yang hampir meragut nyawa Kula.
Akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 2 Disember 2007 memuatkan berita Legenda ‘singa polis’ melaporkan, Kula dalam temuramah eksklusif dengan Utusan Malaysia pada 2002; “ Saya tidak berkahwin demi tugas, saya ditembak demi tugas dan saya meraung kesakitan pun demi tugas.
“Bagi saya itu pun sudah cukup, sama ada orang ingat atau tidak itu biarlah sejarah yang menentukan segalanya.’’
Jelas Kula, hari ini sejarah benar-benar membuktikan apabila nama beliau terpahat sebagai antara tokoh polis cemerlang.
Kula yang pada usia mudanya memiliki raut wajah serius tetapi mudah didampingi ini pernah berkhidmat di bawah empat Ketua Polis Negara.
Walaupun tidak mencapai kedudukan tertinggi dalam PDRM namun keringat dan bakti Kula kepada institusi kepolisan dan negara tidak pernah kering.
Ketokohan dan kewibawaan Kula sebagai seorang wira tidak mengenal erti putus asa terbukti apabila dipilih menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor.
Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 November 2007 memuatkan berita Kulasingam ‘hero polis’ meninggal, hari ini merupakan hari yang paling sedih bagi negara kerana kehilangan seorang pejuang yang terkenal dengan keberaniannya bertarung dengan maut sepanjang menyarung uniform polis. 
Gambar Botak Chin sebelum masuk kumpulan Kongsi Gelap
Source : Harian Metro
Kula meninggal dunia pada usia 77 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor akibat penyakit paru-paru berair atau pneumonia pada pukul 3.06 pagi setelah bertarung nyawa hampir sebulan selepas menjalani pembedahan menggantikan tulang rusuk yang patah.
Dikenali sebagai tokoh polis yang berani serta tidak takut mati, mayat Kula dibakar di Krematorium Hindu di Jalan Templer, Seremban.
Kepiluan itu dirasai oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan.
Menurut Hanif, Kula merupakan permata PDRM yang tidak ternilai harganya.
“Setiap anggota polis perlu mencontohi keberanian dan kewibawaan Kula, kehilangan satu permata yang amat bernilai dan sukar untuk diganti.
“Namun kehebatan serta sumbangan dalam mengharumkan nama PDRM akan sentiasa diingati sepanjang zaman,” katanya.
Perkara yang sama turut dikongsi oleh Zaman yang menyifatkan Kula sebagai antara mutiara yang dilahirkan PDRM.

'' I do not have the interest to get married since I am
already married to my dream Police Job ''
                               -DSP Kulasingam

Source : Google


“PDRM kehilangan seorang pegawai penyiasat jenayah yang mahir dan berpengalaman,” katanya.
Kula mula mengorak langkah untuk mempertahankan keselamatan bangsa dan negara apabila menyertai PDRM sebagai Inspektor Percubaan pada 1951.












Comments

Post a Comment