Hari last exam SPM,waktu tu semua orang dah
nak balik.Kawan aku ni dia tinggal dekat terengganu nak balik takda transport
so aku ajak la dia balik rumah aku dulu sebab tiket nak balik habis.Masa dekat
rumah aku,kawan aku bagi cadangan ajak aku pergi Penang jalan-jalan
katanya.Tapi aku serba salah nak pergi sebab aku baru je sampai rumah.
Masatu ibu aku takda dekat rumah kerana ada
tugasan kerja di luar kota,jadi aku terus bersetuju dekat rancangan kawan aku
tu,tambah lagi waktu tu musim hujan dekat kelantan.Keesokkan harinya,pagi-pagi
lagi aku dan kawan tu keluar pergi beli tiket untuk ke Penang sebab ibu aku tak
bagi drive dari Kelantan ke Penang..
Malam tu aku mintak tolong abang aku untuk
hantarkan di stesen bas sebab stesen bas jauh dari rumah aku.Perjalanan dari
Kelantan ke Penang mengambil masa hampir sepuluh jam sebab banyak jalan yang
dah tutup disebabkan banjir di Kelantan..Aku dan kawan aku dah mula tak sedap
hati sebab takut masa sampai sana cuaca sama macam dekat Kelantan.
Tapi Alhamdulillah,cuaca dekat Penang waktu
tu terang je.Aku rasa bernasib baik sebab aku ikut rancangan kawan aku tu,so
aku tak payah nak hadap banjir yang sedang melanda negeri Kelantan
tu..hahahaha,
Ni masa baru sampai Georgetown terus pergi jalan-jalan tak mandi apa pon sebab kena check in lambat sikit..
|
Duduk sekejap lepas penat pusing-pusing Georgetown,awalnya nak sewa basikal tapi kawan aku tu tak pandai naik basikal..hahahha,harap je badan sado..
|
Jam 12.00 tengah hari aku dan kawan aku
check in hotel,bersihkan diri dan solat zohor semua.Lepas solat zohor kawan aku
ajak keluar lagi sebab bosan katanya duduk dalam bilik.Walaupun aku rasa penat
tapi aku ikut jela sebab alang-alang dah sampai penang ni apa salahnya jalan
penat sikit.
Mase jalan-jalan tu kawan aku ada ajak pegi
makan chow kue teau,aku tengok panjang gila barisan nak beli..tapi sebab nak
rasa sanggup laaa beratur walaupun panjang nak mampos..Kedai ni dia ada
pamerkan gambar yang dah ramai selebriti
yang pernah singgah dekat kedai diaorang,patutulah laaa ramai orang pon..
Dekat rumah terbalik |
Keesokkan harinya kitaorang datang laa taman rama-rama,katanya boleh tenangkan fikiran yang kusut ni sikit..hahhaha |
Belah malam pulak kitaorang ada laa singgah
kadai nasi kandar yang paling famous dekat Penang ni..Kali ni kitaorang datang
awal sebab kelmarin tak sempat sebab beratur panjang sangat.Waktu ni kedai baru
nak bukak tapi dah ramai orang..
Lauk yang aku ambik macam sotong,ayam madu
dan ikan.Lepas aku makan baru aku tahu sebab apa ramai yang sanggup beratur
walaupun lama sebab rasa dia sedap gila beb…memang lain dari yang lain,btw
harga dia pon boleh tahan mahal jugak laaa,hahahaha
Kitaorang stay dekat Penang ni selama 4hari
lepastu aku kena balik sebab abang aku nak balik KL,so aku kena jaga
rumah,kawan aku pon nak balik Terengganu terus sebab mak dia marah dia pergi
Penang dengan aku tak bagitahu..hahahaha
Comments
Post a Comment