Perak Berkabung

Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan sedih dan hiba setelah perak terpaksa menghadapi kekalahan Final Piala FA 2019 menentang kedah. Perak telah berusaha menunjukkan corak permainan yang strategik dan penguasaan bola serta serangan yang mantap. Namun begitu apakan daya, rezeki tidak menyebelahi pasukan Perak TBG yang sudah bertungkus lumus dalam kejuaraan edisi kali ini.

Perlawanan Final piala FA pada edisi kali ini diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan dihadiri oleh 80000 penyokong yang terdiri dari penyokong Perak dan Kedah. Tidak lupa juga, Malaysia Book Of Record telah berjaya mencatat Viking Clap terbesar dalam perlawanan bolasepak malaysia yang disertai oleh penyokong kedua dua belah pihak. Wow!

Sumber : Official Facebook Page The Bos Gaurus

Pasukan perak menunjukkan semangat juang yang tinggi serta semangat kesukanan di dalam perlawanan final kali ini. Seperti yang kita tahu, Perak dan Kedah merupakan dua buah negeri yg dianggap bersaudara oleh kerana kedudukannya yg terletak di bahagian utara. Justeru, apabila Perak dan Kedah bertembung, perlawanan itu akan dikenali sebagai Northern Derby.

 Sumber : Official Facebook Page The Bos Gaurus

 Sumber : Official Facebook Page The Bos Gaurus

Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Kedah FA yang berjaya menjulang Piala FA pada tahun ini, semoga pasukan Kedah berjaya dalam kandah liga bolasepak malaysia mahupun di mata dunia. Tidak lupa juga kepada pasukan lain yang bertanding dalam saingan bolasepak malaysia.

 Sumber : Official Facebook Page Kedah FA

Setinggi tinggi tahniah juga saya ucapkan pada pasukan Perak TBG yang telah berjaya mendapat gelaran naib juara Piala FA edisi 2019. Semoga pasukan perak berjaya merangkul piala kejuaraan yang seterusnya pada masa yang akan datang. Apa apa pun, KEJOR YOB KEJOR!!!

Sumber : Official Facebook Page The Bos Gaurus

SELADANG KEBANGGAN KITA!!!

Comments