Perhentian Island


Baru-baru ni myperhentian ada menawarkan pakej percutian ke Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar,jadi aku pon terus bagi cadangan kepada kawan aku untuk pergi bersamanya dan rakan-rakan yang lain sementara semua masih lagi menunggu paggilan dari pihak universiti untuk melanjutkan pelajran masing-masing..Jadi akan dan rakan-rakan yang lain bersepakat dan bersetuju untuk mengambil pakej percutian ke Pulau Perhentian Kecil selama 4hari 3malam..Yang membuatkan aku dan rakan-rakan yang lain tertarik dengan pakej ini ialah harga yang ditawarkan hampir tidak masuk akal beb...total yang kitaorang perlu bayar hanya RM 600 yangmana termasuk dengan harga boat pergi dan balik,penginapan berhawa dingin,snorkeling di pulau Rawa,makan pagi dan petang dan banyak lagi..tapi yang paling best malam terakhir diaorang akan adakan bbq bersama-sama orang dekat situ...masatu laa kawan2 aku ambil kesempatan nak usha2 pompuan..hahahahaha





Ni masa mula-mula sampai,beg semua tak sempat nak letak dalam bilik lagi kawan aku dah ajak jalan2 tngok pemandangan indah katanya,aku pon tak faham maksud disebaliknya...hehe

Aku pon apa lagi terus tanggal beg and terus masuk dalam air even tak pandai berenang aku try jela pergi tempat dalam sebab bukan selau boleh mandi air laut ni dengan sotong-sotong ...hahaha,

Ni takleh lupa laaa...tertelan air laut beb,



Ni lepas penat 'berenang' aku rehat jap atas buaian sambil menghirup udara segar dan menikmati suasana yang tenang ni...cehh,hahaha



Even tangga nak turun ke jeti dah rosak teruk aku dan rakan-rakan yang lain beranikan diri untuk turun jugak sebab gbar dari bawak lawa gila kot..




Sebelah petang pulak,dah dekat matahari nak terbenam kawan aku ajak pegi delat kincir angin nak tengok matahari terbenam,MashaAllah cantik nye....






Pada hari terakhir aku kat sini,sempat lagi laaa pagi-pagi tu aku jalan2 kejap di tepi2 pantai sebelum pegi breakfast dan terus ke jeti untuk naik boat balik..

Kitaorang sangat berpuas hati sebab layanan yang diberikan amat baik,tapi yang tak bestnya hari kedua hingga hari keempat kitaorang dekat sini cuaca tak cantik asyik hujan je,
Harap dapat datang lagi dan cuaca masa tu dalam keadaan baik .




Comments