Sahabat Toksik

Pernahkan anda rasa selalu dipergunakan oleh orang lain?
Segala kebaikan yang anda lakukan hanya digunakan orang lain demi kepentingan diri semata-mata. Malah diberi pula ‘racun’ kepada anda.
Awas, anda mungkin sedang dipergunakan sahabat toksik!

1. Mereka selesa berbohong.

Pertama sekali, selalunya sahabat toksik suka untuk menipu.
Mereka suka membelit dan mereka-reka cerita dalam segala hal. Jalan cerita mereka selalu menyimpang jauh, menyorok maklumat atau berbohong secara direct.
Mereka selesa untuk menipu secara kecil-kecilan, sehingga anda tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah mengenai setiap kata yang keluar dari mulut mereka.
Dan apa yang paling bahaya, mereka menyembunyikan kebohongan mereka disebalik kata-kata manis dan nampak menyakinkan sehingga kita tidak berasa syak.



2. Mereka tidak pernah mengaku salah
Selalunya mereka sukar meminta maaf.
Sebelum mereka sesekali mengatakan maaf, mereka terlebih dahulu akan berbohong, memutarbelit cerita.
Mereka mengubah bagaimana sesuatu itu berlaku dan menceritakan semula ia dengan begitu meyakinkan bahawa mereka tidak salah 100%
Seboleh-bolehnya mereka akan melibatkan orang lain.
Mereka mahu anda berasa bersalah kerana menyalahkan mereka.
Jangan mengalah dengan kebenaran pada anda, tetapi jangan meneruskan perdebatan dengan mereka.
Percayalah mereka lebih handal memutarbelit keadaan. Just move forward.
Sesetengah hanya mahu menang dan tiada gunanya anda melayan orang sebegini.

3.Mereka suka menilai

Kita semua membuat kesilapan kadang-kadang, tetapi orang toksik akan ambil perkara itu sebagai sesuatu yang sensasi.
Sahabat toksik selalunya akan membuat anda rasa sentiasa diperhatikan.
Mereka akan bersikap judgemental dan menjatuhkan harga diri anda dengan menunjukkan anda lemah kerana telah membuat kesilapan.
Tidak salah melakukan kesilapan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dalam hidup.
Jadi mengapa kita harus membiarkan orang lain menilai kita?

 4.Hanya mengambil dan jarang memberi

Sahabat toksik selalu mengambil.
Anda ibarat ‘pokok pinjaman’ dan mereka adalah ‘pemetik’. Harta anda adalah harta mereka. Segalanya mereka mahu pakai, dari sebesar kereta, pakaian, wang dan sehinggalah masa anda yang berharga.
Apabila mereka membuat panggilan atau whatsapp, mereka mengharapkan anda memberi respons serta-merta. Jika tidak, inbox anda akan dibanjiri mesej agar menjawab mereka.
Apabila tiba giliran anda untuk memerlukan bantuan, jangan berharap kepada rakan toksik untuk bertindak balas. They won’t.
Apa yang anda perlukan, tidak sepenting apa yang mereka buat pada waktu tersebut.
Anda akan diberi pelbagai alasan (yang direka-reka) dan anda mesti faham.
Hanya masalah mereka yang lebih penting berbanding masalah anda.
Dapat?
"Sesungguhnya, Perumpamaan Teman yang Baik dan Teman yang Buruk, adalah Seperti Penjual Minyak Wangi dan Tukang Pandai Besi.
Seorang Penjual Minyak Wangi akan memberi kamu Minyak, atau kamu Membelinya, atau kamu mendapati Bau yang Harum darinya.
Sedangkan Pandai Besi, maka bisa jadi akan Membakar bajumu dan bisa pula engkau mendapati darinya Bau yang Busuk”.
(HR. Muttafaq ‘Alaih).
Sekian dari saya









Comments