Taubat Terakhir


 Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah tak terfikir apa rasanya kalau kita tahu detik nyawa kita dicabut pada sekian hari dan sekian masa, sepertimana banduan akhir yang dikenakan hukuman sampai mati?



source : google


Seorang bekas pekerja Penjara Pudu, Jazwan Kahar berkongsi cerita yang sangat menyayat hati tentang sisa kehidupan seorang "banduan akhir" di laman facebook beliau.

Jazwan yang pernah ditugaskan untuk menjaga bilik akhir (bilik hukuman gantung) bersama seorang rakan menceritakan tentang pengalamannya melihat sendiri bagaimana banduan akhir menghabiskan sisa kehidupan yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.



Penjara Pudu
"Teringat akan zaman muda dulu, sewaktu saya bekerja di Penjara Pudu sekitar tahun 1998 kalau tidak silap. Semasa itu, Penjara Pudu diambil alih oleh syarikat swasta untuk dijadikan pameran bagi orang ramai.
 Tapi pameran ini diselia oleh Jabatan Penjara Malaysi. Waktu itu majikan kami adalah Tuan Aris, yang merupakan junior datuk saya. Datuk saya dahulunya seorang bekas warden di Penjara Pudu.
Dipendekkan cerita, saya bersama sahabat baik saya ditugaskan menjaga bilik akhir, yakni bilik pesalah yang akan menjalani hukuman gantung. Seronol betul waktu itu. Waktu muda muda memang suka sangat tempat macam itu.
Seluruh kawasan Penjara Pudu sudah kami tapau habis. Semua tempat tersembunyi sudah kami pergi dan melepak. Kawasan yang tidak boleh masuk pun tetap kami masuk. Banyak kisah yang pelik, tapi bila bila nanti saya ceritakan. Banyak perkara yang saya belajar dan sedar ketika kerja di situ. Lagi seronok bekas w'arden pula kenalan datuk saya, jadi lagi banyak cerita saya dapat dan rasai.
BANDUAN AKHIR

Ini pula cerita dari ustaz, nak cerita pasal bilik akhir sebenarnya.

 "Jangan dihina pelaku maksiat kerana ada jalan taubat buat mereka di akhir hayatnya. Bagaimana pula dengan kita ? Apakah nanti ada ruang untuk kita bertaubat?

Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI adalah Banduan Akhir.

Ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".
Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim. Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.

Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya di ketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. Nama biliknya, "Sel Akhir". Katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu dan Khamis sahaja. Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi. 

Waktu hakim membaca "Maka dengan ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini antara jam 6 pagi dan 7 pagi."
Banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan, lutut dia dah tak boleh berdiri dah. Sebab apa? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja. Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.
 Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali sorang-sorang.


source : New Malaysian Post
Di ketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya, sentiasa membaca Al-Quran. Bila ustaz pergi ke situ, majlis ilmu itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.
"Saya banyak dosa ustaz"
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz."


ADA SEBAB MENGAPA ALLAH MERAHSIAKAN WAKTU KEMATIAN


Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah, sembahyang. Solatnya panjang, zikirnya banyak. Dia banyak mengadu kepada Allah SWT. Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Bila sampai hari Khamis, esok Jumaat pagi dia akan digantung. Malam itu dia nak tidur lagi ke? Tak tidur dah. Manusia yang tahu ajalnya, dia dah tak boleh tidur dah. Sebab itulah diantara rahmat Allah yang Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya. Kalau dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi. Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kepada saya dan kita semua.
Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, tetapi dia jauh lebih beruntung daripada kita semua sebab dia tahu untuk bertaubat bila. Dia boleh bertaubat. Alhamdulillah. Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT. Sebab tak tahu bila nak mati. Alhamdulillah dia beruntung untuk mengaku di hadapan Allah.

"Ya Allah aku berdosa dihadapan Mu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepada Mu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!!".

Maka datang dari seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya ketika menghadap Allah. Beruntung dia.

HIDANGAN TERAKHIR


Esok pagi atau malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan untuk memilih makanan yang harga tidak melebihi RM 7.50. Dia diberi pilihan sama ada Char Kuew Teow ke, Nasi Ayam Penyet ke, Cucur Udang ke. 


Banduan akhir nak order apa? Kebanyakan mereka TIDAK akan lagi memesan apa-apa makanan. Dah tak lalu nak makan dah. Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur. 

Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun dan selepas dia solat Subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.

source : google
Maka BENARLAH apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun harinya dia tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar, dia tetap tak tahu.

Ya, benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47 pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

PELUKAN TERAKHIR

Pada pagi itu, banduan akhir akan diberi peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya.Tak ada ungkapan yang akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah. Nak cakap apa lagi??Nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam?
source : Berita Harian


Tak ada apa yang boleh dipesan di saat itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja"Maafkan ayah...Maafkan ayah".
Bila peluk isteri: "Maafkan abang, Maafkan abang". Itu sahaja. 
Nak kemaafan sahaja disaat-saat akhir ini.
Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.

Allah merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan untuk bertemu denganNya satu hari nanti.


Wallahua'lam.

source : google

Source: FB Jazwan Kahar

Comments