TIPS PRAKTIKAL MEMBACA & MENGHAFAL AL-QURAN
- 1)Buat temu janji dengan al-Quran
Lakukan janji temu ini setiap hari pada waktu tertentu.
Hormati temu janji ini seperti kita akan hormati temu janji dengan seorang yang terkenal.
Luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk al-Quran setiap hari.
Bukan lima muka surat, atau satu halaman atau 20 minit, tetapi 30 minit penuh.
Terdapat disiplin dan keindahan di situ apabila kita duduk dan memaksa diri untuk membaca sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih.
Jika 30 minit adalah terlalu senang bagi kita, maka buatlah selama sejam.
Jika sejam pun masih mudah, maka buat dua jam.
Uthman bin Affan RA berkata: “Jika hati-hati kita suci, maka kita tidak akan pernah bosan membaca al-Quran”
- 3)Fahami apa yang kita baca
Jika seseorang memahami Bahasa Arab, maka mudah baginya untuk fokus dan memahami apa yang dibaca.
Namun, jika kita tidak memahami Bahasa Arab, maka kita sangat digalakkan untuk membaca al-Quran bersama terjemahannya.
Hari ini, banyak aplikasi dan kelas online yang membolehkan kita mempelajari Bahasa Arab al-Quran.
- 4)Pelajari makna al-Quran
Memahami al-Quran adalah satu perkara:
— Belajar tentang maksud ayat-ayat dan konteks ia diturunkan, serta bagaimana kita boleh mengaplikasikannya dalam hidup kita adalah sesuatu yang berbeza.
Cuba luangkan masa 10 minit setiap hari untuk membaca beberapa muka surat kitab tafsir yang terkenal.
Jadikan diri kita seorang yang bertanggungjawab dengan berjanji untuk mengajar ahli keluarga atau kawan kita apa yang sudah kita pelajari.
Atau halaqah di rumah atau di surau berdekatan, di mana kita yang bertanggungjawab untuk menyampaikan tafsir al-Quran tersebut.
Lebih-lebih lagi, mempelajari tafsir dengan ulama atau guru adalah cara terbaik untuk memahami syarahan al-Quran dan memahami aplikasinya dalam dunia moden ini.
- 5)Hafal al-Quran
Menghafal al-Quran adalah suatu penghormatan dan ia tanda kemuliaan dalam kalangan muslim.
Jadikan menghafal al-Quran misi peribadi kita, tidak kira berapa lama masa yang akan diambil.
Ramai daripada kita, tidak mungkin fikir “sudah terlalu lambat” untuk menghafal.
Namun, walaupun proses menghafal ia amat mencabar untuk orang dewasa berbanding untuk kanak-kanak.
Allah telah memberi jaminan kepada kita semua dalam al-Quran:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
- 6)Dapatkan sokongan guru
Jangan cuba untuk menghafal al-Quran sendirian.
Ia akan menjadi tersangat sukar buat kita dan kita mungkin akan menghafalnya secara salah jika tiada panduan yang betul.
Bahkan tanpa seorang guru, kita akan lebih sukar untuk berdisiplin.
7)Hafal dulu, Ulang kaji kemudian
Salah satu ketakutan orang ramai ialah mereka cepat terlupa apa yang telah mereka hafal.
Nasihat saya adalah berikan komitmen selama satu sehingga dua tahun untuk menghafal al-Quran sahaja, tanpa perlu risau tentang ulang kaji (revision).
Kemudian, luangkan lagi msa tiga tahun untuk membuat ulang kaji hafalan.
Kaedah ini telah diuji di sebuah pusat penghafalan al-Quran di Jeddah, Arab Saudi dan hasilnya sangat menakjubkan.
Ramai orang dewasa lebih kekal ingatan mereka bila melakukan teknik ulang kaji ini selama tiga tahun tersebut.
8)Hafal al-Quran setiap hari
Adakan slot 30-45 minit pada waktu pagi selepas solat subuh untuk menghafal.
Apabila kita telah menghafal, luangkan masa pada hari itu mengulang kembali ayat-ayat yang dihafal ketika kita sedang memandu atau ketika sedang solat.
Kemudian, duduklah bersama guru atau pasangan kita, atau rakan, dan bacakan depan mereka ayat-ayat yang telah dihafal tadi.
9)Belajar Tajwid
Sedar tidak sedar, alunan al-Quran itu sendiri adalah salah seni terhebat yang boleh kita lakukan.
Untuk baca dengan mahraj betul dan mempertingkatkan keindahan bacaan al-Quran, kita mesti belajar hukum tajwid.
Keindahan alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul.
Oleh itu belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul.
Yang terbaik pastilah dengan belajar secara berguru.
Jika tidak sempat berguru, kita boleh memudahkan pembelajaran tajwid kita dengan menggunakan Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak dalam warna berbeza.
Ini dapat membantu memudahkan kita mengenalpasti sesuatu hukum bacaan dengan mudah.
Comments
Post a Comment