LEBAH ZZZZZ

APA ITU LEBAH?

Image result for lebah

source:https://jogja.tribunnews.com

Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat.



Dalam sesuatu kelompok, lebah dapat dibahagikan kepada tiga kasta, iaitu:
  • lebah ratu; lebah betina boleh bertelur
  • lebah pekerja; lebah betina tidak boleh bertelur; dan
  • lebah jantan.

Image result for lebah jantan

Setiap jenis lebah mempunyai tugas masing-masing.
Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat ratu lebah ialah 3 tahun.
Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih sedikit. Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik-baik sahaja selepas mengawan.


Lebah dibahagi kepada beberapa pengelasan untuk mudah dikenali atau dikelaskan. Antaranya:
  1. Andrenidae- (lebah liar yang suka tinggal dalam lubang tanah (mining bees)
  2. Megachiledae- Lebah pemotong daun (leaf cutting bees)
  3. Xylocopidae - Lebah tukang kayu (carpenter bees)
  4. Bombidae- bumble bees
  5. Apidae - Lebah madu (honey bees)



BUMBLEE BEES

Image result for bumble bees

                                                source:http://earthrangers.com


HONEY BEES

Image result for HONEY BEES




CARPENTER BEES

Image result for carpenter bees



Comments