UNIRAZAK CEO 10S

  Pada tarikh 24 Ogos 2019 bersamaan pada hari sabtu, telah berlangsungnya pertandingan ragbi antara IPTS and saya telah pun mengambil bahagian. Saya telah pun menyertai pertandingan ini di bawah IPTS International Univeristy Malaya- Wales. Terdapat 12 IPTS yang bertanding pada hari tersebut. Malangnya saya tidak dapat bermain bersama institut pengajian saya sendiri kerana sukan lasak ini tidak diiktiraf sebagai satu sukan di ALAM. Walau pun begitu, perkara ini tidak menghalang saya dari melibatkan diri dalam sukan ragbi. Ini adalah satu penghormatan buat diri saya kerana berjaya mendapatkan tempat dalam pertandingan ini. 


  Dalam pertandingan ragbi ini juga saya telah pun menjemput 2 orang sahabat daripada MRSM Felda untuk turut sertai dalam pertandingan ini. Dengan penglibatan mereka, kami dapat lebih mengenali antara satu sama lain. Jelaslah bahawa sukan ragbi ini merupakan minat kami dan dapat memberikan hubungan kami lebih erat. Persahabatan ini bermula sejak perlawanan Inter-MRSM yang berlangsung di MRSM Merbok di mana pasukan saya telah pun berentap dengan pasukan MRSM Felda untuk ke Final Cup tapi malangnya nasib tidak menyebelahi pasukan saya. Tidak dapat dinafikan yang pasukan MRSM Felda merupakan sebuah pasukan yang hebat. Kejayaan mereka juga merupakan sumbangan daripada Coach mereka. 




  Di dalam pertandingan ini saya bermain sebagai Prop dan Hooker. Ini merupakan posisi utama yang akan saya ambil sekiranya bermain ragbi. Di kesempatan ini juga saya mahu berterima kasih kepada semua rakan rakan IUMW kerana memberikan saya peluang untuk bersama pasukan ragbi IUMW. Ini bukanlah kali pertama saya bermain dengan pasukan IUMW. Semangat sepasukan rakan rakan IUMW telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk bermain ragbi. Saya juga berharap agar persahabatan kami bukannya hanya untuk ragbi, malah untuk persahabatan yang kekal. Di dunia ragbi ini saya dapat lebih mengenal personaliti personaliti pemain pemain lain yang sangat berbeza antara satu sama lain. 



  Sedikit perkongsian tentang dunia ragbi. Pada 20 September ini akan berlangsungnya Rugby World Cup yang bertempat di Jepun. Adakah All Blacks akan menjuari pada RWC tahun ini? Marilah bersama sama kita tonton perlawanan RWC secara online! Selain itu, pada bulan ini juga akan ada satu lagi pertandingan ragbi dan saya berharap saya dapat menyertai pertandingan tersebut. 





  Gambar dekat atas ini perlawanan dengan UNITAR. Ramai daripada mereka merupakan ahli ANSARA Batu Pahat (ex MRSM). Kalau tengok daripada jersey yang mereka pakai pun dah tahu yang mereka ini merupakan ahli ansara. Dalam gambar ini kita dapat tengok yang 2 orang cuba untuk melakukan tackle terhadap saya selepas bola dikeluarkan, memanglah mereka dapat tackle saya tapi kedua-duanya ada kecederaan di bahagian kepala. Main ragbi memang senang cedera, jadi berhati hatilah. Yang tanya kenapa saya pakai "head gear" dengan "body amour" ni semuanya ada kisah disebaliknya. Sampai di sini sahaja cerita saya buat kali ini. #signingoffromrugbysoon




Comments