14 Operator Minyak & Gas Antarabangsa Beroperasi di Malaysia


Setakat bulan Julai tahun 2018 kini, masih belum kedengaran berita tentang penganugerahan PSC baharu di perairan laut Malaysia. Tarikh akhir penganugerahan PSC adalah pada bulan Julai 2016 tahun 2016 [1] kepada PTTEP HK Offshore Limited (PTTEP), KUFPEC Malaysia (SK-410B) Limited (KUFPEC), dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. untuk blok penerokaan SK 410B. Sela masa ini telah berlalu selama 2 tahun. Aktiviti minyak dan gas di Malaysia dijangkakan akan pulih secara beransur-ansur mulai suku tahun ke-3.
Daripada 100 PSC [2] di Malaysia sebanyak 47 PSC dan 6 RSC [3] berada di dalam fasa penghasilan. PSC ini melibatkan 14 Operator minyak dan gas di Pelantar Benua Malaysia. 54 PSC ini merangkumi 20 PSC (4 RSC) di Semenanjung Malaysia, 15 PSC (2 RSC) di Sarawak dan 12 PSC di Sabah.

Di semenanjung Malaysia terdapat 9 operator yang mengendalikan block acreage untuk perjanjian PSC dan 3 RSC. Mereka adalah seperti berikut:
  1. Petronas
  2. ExxonMobil
  3. Repsol
  4. Hess
  5. Sapura Energy
  6. Murphy Oil
  7. Petrofac
  8. EnQuest
  9. Lundin kini dikenali sebagai International Petroleum Corp
  10. Vestigo Petroleum (RSC)
  11. Octanex (RSC)
  12. Coastal Energy (RSC)
Manakala di Sarawak, bilangan operator yang terlibat di perairan Sarawak adalah lebih kecil berbanding dengan Semenanjung Malaysia dan juga Sabah. Ianya melibatkan hanya 6 operator secara keseluruhannya dimana hanya 2 pertambahan operator sahaja berbanding senarai yang telah dikemukakan di atas. Ianya adalah seperti berikut:
  1. Shell
  2. JX Nippon
Di Sabah, sebanyak 7 operator berada di perairan ini. Akan tetapi hanya satu sahaja pertambahan operator daripada senarai sebelum ini yang telah kami kemukakan. Ianya adalah seperti berikut:
  1. Hibiscus Petroleum

349 Pelantar Minyak & Gas di Pelantar Benua Malaysia

Tahukah anda kita memiliki 349 pelantar kesemuanya [5]? 6 platforms telah pun diberhentikan (decommissioned) perkhidmatannya. Ini merupakan hak milik setiap rakyat Malaysia. Kesemua pelantar ini beroperasi di 198 lapangan. Di mana 30% daripada pelantar ini adalah Central Processing Platform [6]
10% daripada pelantar ini menghasilkan 35 jenis minyak & gas mentah di Malaysia yang didagangkan di pasaran antarabangsa. Secara kasarnya, kualiti minyak dan gas di Malaysia adalah berkualiti tinggi.





Gambar dan info dari google

Comments