TIPS KURANGKAN SAKIT KEPALA

Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat.
Ia boleh terjadi disebabkan beberapa perkara, termasuklah tekanan (tension headache),
kemurungan dan migrain.
Beberapa tips boleh digunakan bagi mengurangkan sakit ini terus berlaku tanpa mengambil sebarang ubat tahan sakit seperti panadol.

1. Guna limau kasturi

source : google image
Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama.
Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut.
Sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit.
Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

2. Urut dengan minyak panas

source : google image
Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga.
Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut.
Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.
Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas.
Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini kerana, ada orang yang langsung tidak tahan dengan minyak Cap Kapak!

3. Guna pek ais

source : google image
Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau “numb”.
Jika tiada pek ais, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasar raya dengan tuala kecil.
Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

4. Jauhi MSG

Pernah dengar atau tidak dialog ini, “Aku rasa, aku sakit kepala ni sebab kedai makan tadi tu letak banyak sangat Ajinomoto”.
Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa.
Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan.
Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat ia merangsang neuron.
Kami tidak kata Ajinomoto itu tidak bagus.
Cuma, kurang-kurangkan pengambilan jika masak di rumah. Lebih baik jika hindari sepenuhnya!

5. Rehatkan diri

source : google image

Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu.
Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising.
Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut.
Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat.
source : google

Comments