Bahaya Vape

Kemunculan vape dikalangan masyarakat semakin popular, terutama bagi kalangan remaja atau perokok aktif.  Walaupun memiliki bentuk dan rasa yang pelbagai, vape tetap mempunyai kandungan nikotin. Mengikut kajian, vape mengandung bahan kimia yang digunakan sebagai penyedap, dan berpotensi untuk merosakkan paru-paru.

Source : Google images


Baru-baru ini, tular di instagram seorang wanita berusia 18 tahun, yang dikenali sebagai Simah Herman, menghidapi kesukaran untuk bernafas akibat daripada kegiatan Vape yang dilakukannya selama 2 tahun yang mengakibatkan dia terpaksa untuk bergantung kepada mesin oksigen.


Source : Google images


Cecair vape juga dipercayai dicampur dadah dan banyak pihak beranggapan vape hanya mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan serta tanpa tar yang menjadi punca kanser. Kandungan nikotin dalam rokok elektronik atau vape juga dipercayai kira-kira dua atau tiga kali ganda lebih daripada kandungan nikotin dalam rokok.

Source : Google images


Sebagai contoh, dalam sebatang rokok ada lebih kurang dua ke tiga miligram (mg) nikotin tetapi vape mungkin mengandungi empat hingga 12 mg nikotin. Kandungan nikotin berlebihan ini akan menjejaskan kesihatan penghisapnya.
Apa yang menjadi kebimbangan ialah vape juga dikhuatiri turut dicampur nikotin yang juga bahan kimia berbahaya menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk peningkatan tekanan darah, serangan jantung, angin ahmar, ulser perut dan usus.
Individu yang menghisap vape (bernikotin) bukan sahaja terdedah kepada penyakit kanser, malah beberapa penyakit berbahaya lain yang boleh menjejaskan kesihatan berikutan kandungan cecair vape tidak jelas dan tiada bukti penggunaannya adalah selamat

Source : Google images

Comments

Post a Comment