Graduasi Qurra' 2017

assalamualaikum gais!harini aku nak cerita sikit pasal hari graduasi aku masa akhir tahun 2017,tingkatan 5 iaitu graduasi qurra' yang bertempat di Dewan Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya.

 5 disember 2017.antara hari yang bersejarah dalam hidup aku,itulah hari  yang aku diraikan dan diberikan penghargaan terbesar dalam hidup aku;depan mak ayah aku sendiri :)






kenapa namanya graduasi qurra'?korang tahu and pernah dengar tak perkataan iqra'?alaa kitab permulaan yang kita guna untuk belajar ngaji time kecik2 dulu...haaa,iqra' tu maksudnya 'bacalah'.
perkataan asal dalam bahas arab iaitu 'qo-ro-a' yang bemaksud 'baca'.so basically qurro' ni maksudnya pembaca atau untuk lebih faham lagi,kami yang diraikan pada hari tersebut ialah pembaca (penghafal Al Quran) yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
seramai 182 graduan yang telah menerima anugerah,dari 4 buah cawangan sekolah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor iaitu cawangan Alam Impian,Sabak Bernam,Bagan Lalang dan sekolah aku, Jugra Banting.
dengan berpakaian uniform hari jumaat sekolah kami,semuanya seragam memakai jubah putih,dan kopiah baldu putih dengan warna merah pada bahagian atas  kopiah kami seakan-akan kopiah mufti wilayah,hehe.


disebabkan pada hari itu special buat kami,kami diberikan jubah konvo macam graduan universiti pakai pada hari kovokasi biasa,dan menampakkan kami lebih gah meninggalkan institusi quran kesayangan kami itu dengan pengalaman yang lebih bermakna :)
perarakan masuk graduan atas tikar merah dari luar dewan yang ditunggu oleh ibubapa,ditambah dengan alunan nasyid 'tolaal badru alaina'buat aku lebih rasa hiba dan gembira pada masa yang sama.rasa seronok diraikan seperti graduan universiti.bila difikirkan balik,segala usaha dan keringat yang aku dah buat untuk memastikan aku dapat berada dalam majlis yang terbesar dan meraikan diri aku yang dah susah payah hafal and jaga sebaiknya kalam Allah iaitu Al Quran.banyak sangat kenangan pahit manis yang aku dah lalui,syukur alhamdulillah segala puji bagi Allah,aku dapat menamatkan hafazan pada hari ulang tahun lahir aku yang ke 16,iaitu pada 12 ogos 2016;time form 4,dengan izin-Nya.
                             apa yang membuatkan aku lagi rasa gembira,apabila lepas je semua graduan menerima sijil,plag dan gambar bingkai,Exco Hal Ehwal Agama,Jawatankuasa Adat Melayu,Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi,Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi yang mewakili kerajaan Selangor dalam ucapannya, tiba2 je mengumumkan bahawa setiap daripada kami (graduan) menerima cek bernilai RM1000.wow!macam tak percaya pula,orang melayu kata 'durian runtuh'.rezeki jatuh dari langit tiba2,ALHAMDULILLAH!
Hari tu merupakan hari yang paling aku ingat sampai sekarang.penuh makna.penuh hiba dan gembira.perasaan bercmpur baur.hehe.yela,sape je tak sedih kan rasa perpisahan dengan kawan2 yang kita dah sebati,hidup 5 tahun sama2 hafal quran,belajar subjek akdemik sama2,makan minum tidur sama-sama,hmm
jadi, tu je yang aku nak cerita,hehe.doakan aku istiqamah mengulang,menjaga dan mengamalkan serta menyampaikan kalam-Nya kepada orang lain.


bergambar dengan ayah mama kat luar dewan,berlatarbelakangkan masjid.
tengah tu guru yang telah banyak beri tunjuk ajar dan semak bacaan 30 juzuk sepanjang pengajian,Ustaz Najmi Shuib.


Comments