TEH AIS...KETAGIH ATAU TIDAK?

Ketagihan Teh Ais Confirm Sedap - Teh Ais Pyorr

Teh ais viral teh ais pyorr confirm sedap
Saya kurang pasti asal-usul Teh Ais Pyorr ni, tapi apa yang saya tahu .. ia mula dikenali ramai bila seorang gadis cantik bernama Sharifah Nazirah menjualnya di Bazaar Ramadan Stadium Darul Aman, Kedah masa bulan puasa baru-baru (2018) ni.

Dari situ, teh ais viral jenama Pyorr mula dikenali ramai.

Resepi Teh Ais Viral

Kalau ikutkan teh ais viral ini dah mula dikenali sejak tahun 2017 lagi. Ketika itu, ia lebih dikenali sebagai Teh Ais Dhaka, kerana serbuk teh dan cara membuatnya mengikut cara teh ini dibuat di sana.

Ia dipelopori oleh seorang pemuda yang melihat kaedah membuat teh ini semasa keluar dakwah ke Bangladesh - kemungkinan besar mengikut karkun (ahli tabligh).

Resepi teh ais yang menjadi viral ini lebih kurang sama sahaja.

Ianya menggunakan serbuk teh yang dimasak sehingga mendidih. Serbuk teh itu pula ditambah dengan bunga cengkih atau kulit kayu manis. Tempoh memasaknya pula agak lama, paling kurang sejam hingga ke dua jam.

Setelah itu, ianya akan ditambah dengan gula dan juga susu penuh krim menjadikan ianya manis dan juga berlemak. Dengan adanya rasa cengkih atau kayu manis, ia akan mengurangkan rasa mual orang yang meminumnya, selain menjadikan teh ais tersebut selesa pada perut.

Itu sebab ramai yang ketagihan teh ais viral ini jarang rasa jemu dan tidak alami apa-apa rasa sebu atau senak seperti kebiasaan meminum teh ais yang manis lemak berkrim.

Jadi, kemungkinan besar, kebanyakkan 'jenama' teh ais sedap dan viral ini adalah berasal daripada Teh Ais Dhaka yang popular tu. Al maklumlah, ianya dah disiarkan di kaca TV dalam rancangan Malaysia Hari Ini TV3.

Hmmm ...

Teh Ais Pyorr = Teh Ais Dhaka?

Mungkin Teh Ais Pyorr juga asalnya adalah Teh Ais Dhaka ... huhu.

Apapun, sememangnya kami memang menggemari rasa kesedapan yang ada pada Teh Ais Pyorr. Sekali beli tak sah kalau tak cecah RM10... haha. Macam memborong teh ais pulak.

[Baca] Hanya RM1K Untuk Mula Berniaga Air Balang - Macam Jual Teh Ais Viral Ni ..

Ada juga mencuba beberapa 'jenama' teh ais lain yang dijual di dalam balang air, tetapi ianya tak sesedap dengan rasa Teh Ais Pyorr ni. Nak dibandingkan dengan teh ais mamak ikat tepi pun .. rasanya tak boleh nak dibanding dengan Teh Ais Pyorr ni.

Teh Ais Pyorr lebih pekat. Memang melekat rasa teh walaupun ada ais. Pasal susu pulak, ia gunakan susu Cap Teko yang semua orang tahu mengenai kualiti terbaiknya.

Ketagih rasa tu melekat dalam kepala otak .. haha.

Malah, rasa ketagihan itu dibawa semasa kami sedang bercuti. Pantang nampak sahaja, kami akan singgah dan beli Teh Ais Pyorr ini.

Hanya RM2 Secawan Besar Di Parit Buntar

Teh ais viral teh ais pyorr confirm sedap
Setakat ini, kami dah mencuba rasa Teh Ais Pyorr di Parit Buntar, berhadapan kedai ECO 2 dan juga di Titi Serong. Kami juga pernah merasa teh ais ini semasa balik ke kampung isteri saya di Parit dan juga di kampung saya di Batu Gajah.

Malah, semasa kami bercuti ke Port Dickson baru-baru ini, Teh Ais Pyorr ini juga boleh didapati di sana.

Harga pula berbeza.

Di Parit Buntar, Teh Ais Pyorr konfirm sedap ini dijual dengan harga RM2 secawan - cawan besar tu ye. Lepas tu, kalau nak letak cincau, ianya percuma. Ada pula di tempat lain, dijual dengan harga RM3 secawan kalau tanpa cincau.
Ada juga yang jual teh ais ini tanpa ais! Harganya pula RM3 secawan. Yang ni memang pure betul rasanya .. sangat praktikal kalau beli untuk disimpan di rumah - buat stok .. hehe.

Semasa di Port Dickson, ianya dijual dengan harga RM3 tetapi saiz cawannya kecil sahaja. Cincau pula percuma kalau nak dicampurkan.

Orang yang berniaga air Teh Ais Pyorr dalam balang ni selalunya akan untung kerana setiap kali mereka jual, sebalang air ini akan habis terjual dengan mudah... lebih-lebih lagi bila musim panas.


Kalau anda peminat teh ais, jika ada terjumpa Teh Ais Pyorr terjual di mana-mana, jangan lupa untuk singgah dan beli. Cubalah rasa ke 'pyorr' an yang ada pada rasa teh yang lemak berkrim ini.
Aha .. silap-silap boleh jadi ketagih macam kami ni. Serius dan konfirm sedap, in Sha Allah .. 




Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Ia boleh berubah tanpa perlu sebarang pemberitahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.




Comments