KUIH KERIA ANTARABANGSA
Korang pernah dengar tak kuih keria ? Ke korang noob sangat makan donut je tiap tiap hari ? hahah .Kecoh lah dekat facebook & twitter pasal kuih keria antarabangsa yang viral dekat Melaka sampai gigih orang beratur semata mata nak dapatkan kuih tu . Beratur pulak bukan pendek pendek . Sampai ke luar luar kedai orang beratur .
|
Source : Google Image |
Power gila ke kuih keria antarabangsa melaka ni ?
Kalau korang nak tahu power ke tak kuih ni,korang kena gigihlah untuk beratur .Kalau korang lalu kat kedai keria ni, memang beratur panjang laa . Memang bersepah orang pegang payung la apa la sebab panas kan. Jalan sesak sebab keria ni je ,bukan sebab roadblock ke accident ke apa ,semua sebab KERIA ni je.
|
Source : Google Image |
Kedai kuih keria ni ada 2 kat limbongan,melaka .Satu Hajah Rahmah ,lagi satu Haji Jalil .Jarak dia dalam 100m je antara 2 kedai ni. Kalau nak compare 2 kedai ni,aku tengok yang ramai tiap tiap minggu Hajah Rahmah la . Actually dua dua sedap ,tapi tak tahu la Hajah Rahmah lagi ramai.
Kalau korang dari klebang ,dia akan menghala ke mahkota parade ,Melaka . Ala kalau nak senang waze je kuih keria melaka .Settle!
|
Source : Google Image |
Untuk soal harga ,dulu masa belum ramai ,sebiji 40 sen je ! untuk latest yang aku pergi kat Haji Jalil, dia jual 10 biji dengan harga RM6.00. Dia tak jual sebiji sebiji, dia jual dalam paper bag terus . Kena beli 10 biji terus .Untuk Hajah Rahmah ,aku tak sure ,malas aku nak beratur panjang panjang tidak ,tapi rasanya sama kot.
|
Source : Google Image |
Dah itu je untuk kalini . Selamat mencuba !
Comments
Post a Comment