MEE BODOH PAK HASSAN


Aku rasa ramai dah dengar pasal mee bodoh kat tengkera ni .Jangan pelik kenapa nama dia 'bodoh'. Dia jadi bodoh sebab mee tu kosong je cuma ada taugeh .Aku dari kecik lagi memang dah makan kat mee bodoh ni,dari sebelum penuh orang .Lepas banyak kali keluar tv,haaa ambik kau orang punya ramai sampai beratur tepi jalan.

Source : Google Image
Yang membuatkan mee ni sedap sebab lauk lain yang ditambah sekali. Macam yang korang nampak,ade timun, sambal dan telur mata kerbau. Yang special tu sebab telur tu digoreng menggunakan minyak yang diambil daripada sambal tuu.Campur semua sekali, letak kicap, letak cuka sikit.perghhh!!!memang marvelous la makan!

Source : Google Image
Nak makan kat sini korang kena awal tau sebab selalunya kedai ni kejap je dah habis dan kena tabah sikit la sebab korang kena tunggu meja baru boleh makan.Cara nak makan kat sini pun tak susah. Kalau korang just nak makan mee je tanpa rencah telur goreng tu. Korang duduk je dan pelayan dia akan datang hantar mee tu dekat korang dan kalau nak telur, just beratur je dan amik telur tuu.senang je kan?
Orang yang hantar mee tu nama dia Karim ,hahaha dia ni memang majal ,biasalah orang kampung aku jugak .So dia kenal ah family aku semua.

Source : Google Image
Haaa!!yang ni pulak kicap dan cuka Melaka. memang dibuat khas di Melaka. Sambil makan mee tu kalau rasa nak ummmphh sikit. boleh tambah kicap dan cuka ni sikit. Tapi kalau perut korang agak-agak tak kuat, skip la cuka tu. Kalau dulu kedai ni bukak pagi je,tapi sekarang dah bukak malam. Tapi malam tu cuma Isnin,Selasa dan Rabu .Dia bukak malam sebab dah ramai sangat kot.

Source :  Google image
ha tu pak hassan .dah berkurun dia berniaga dari zaman ayah dia lagi.

Soooo selamat mencuba ! kalau waze,search mi bodoh je ataupun tengkera . BYE

Comments