Masa ni intake kitorang baru lagi masuk PALAPES. So aku nak share la kenangan kitorang waktu salam pengenalan dengan PALAPES ni.
Sesi panas badan la katakan time ni pagi lagi, awal-awal dah kena senaman macam ni. Tu yang sakit belakang tu. Kami semua kena bawak member jalan pusing kawasan ALAM ni, bukan la pusing satu ALAM tapi sebahagian jela. Jalan dalam 50 meter then tukar orang sampai la habis. Sebenarnya duduk atas lagi sakit bagi aku la hahahha.
Lepas habis senaman pagi kami pegi ke laut pulak. Kasi dia rasa sikit air laut tu macam mana.
Mula-mula berendam je lepastu suruh baring. Santai-santai je kan. Lepas baring mula la main guling-guling, sapa penah rasa kena guling ni mesti tak puas rasa macam nak lagi je hahahahaha.
Lepas guling baru la start buat benda geli-geli je. Ni la antaranya, yang lain takyah tunjuk la jadi gallery nanti blog ni.
Pastu kita masuk dalam air balik yeay. Sebab pasir dah lekat kat badan kan bersihkan la balik. Then kita bawak 4 batu pulak dalam laut tu, 2 junjung 2 lagi tergantung kat bawah.
Aktiviti kat pantai tu habis waktu tengah hari, lepas tu rehat petang ada senaman jugak tapi takda gamba so kita proceed aktiviti malam pulak la. Malam tu kami happy sebab dapat keluar jalan-jalan sambil bawak beg sekolah rendah. Dalam tu ada batu yang kami junjung pagi tadi ada beg pasir pastu ada 2 botol air besar. Yang aku peliknya kami ada ladies 2 orang bawak benda sama je tapi diaorang yang duduk kat depan hahahah power betul.
Lepas habis jalan-jalan tu ada la dalam 3 jam lebih kot kalau tak silap. Lepas dapat kebenaran jalankan tugas kami balik cabin pastu mandi. Lepas siap mandi letak je kepala atas bantal terus shut down. Takleh nak cakap la macam mana dia punya nikmat tido dengan nyenak malam tu.
Comments
Post a Comment