Kek Batik merupakan juadah pemanis mulut yang amat popular di Malaysia. Rasanya penuh dengan coklat dicampur pula rasa lemak daripada biskut, pastinya menimbulkan kombinasi yang amat menarik untuk dimakan. Cara pembuatannya tidaklah susah walaubagaimanapun, ianya perlulah dihasilkan dengan cermat. Jika tidak, keraslah kek anda.
Untuk mengatasi masalah itu, kali ini kami bawakan kepada anda resepi kek batik lembut. Jadi, anda tidak perlu lagi risau kerana sekiranya anda mengikuti langkah – langkah yang disediakan, pastinya anda boleh hasilkan kek batik yang lembut dan melazatkan.
Resepi Kek Batik Lembut
![]() |
Image via : vitdailyco |
![]() |
Image via : vitdailyco |
Bahan – bahan:
Kek batik:
- 600g biskut marie
- 200g butter
- 1 cawan milo
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan air masak
- 2 biji telur
- Esen vanila
Topping atau Ganache:
- 100g milk compound
- 100 g dark compound
- 200 ml whipping cream
- 1 sdb butter
- 1 sdb golden syrup (optional)
- 1 sdk hazelnut oil
Double boil kesemua bahan topping atau masukkan kedalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.
![]() |
Image via : vitdailyco |
Cara – cara memasak:
- Masak butter sampai cair, masakkan kek batik guna api kecil sahaja.
- Kemudian, terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
- Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat – cepat untuk elakkan berketul.
- Kemudian, masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan masukkan air. Kacau sebati biarkan kesemuanya sekata.
- Akhir sekali, masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api.
- Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (alaskan dengan plastik bagi biskut tidak melekat dan senang keluar). Tekan untuk padatkan.
- Tuangkan chocolate ganache yang sudahpun cair dan simpan di chiller selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.
- Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi lembut sebelum senang untuk dipotong.
Image via : vitdailyco
![]() |
Image via : vitdailyco |
'' ITU JE. KEK BATIK DAH SIAP DAN BOLEH DIHIDANGKAN KEPADA TETAMU... HAHA''
Comments
Post a Comment