RESEPI KEK BATIK PELBAGAI JENIS

1 – Kek Batik Biskut Marie + Oreo


source : google image‎
Bahan-Bahan :
  • Kek Batik Oreo (saya guna loyang 6″)
  • 250 gm butter 
  • 1/2 cwn susu pekat 
  • 2 cwn milo 
  • 3 sdb serbuk koko
  • 30 keping biskut marie – patahkan 
  • 1pkt oreo – patahkan
Cara-Cara Membuatnya :
  • Cairkan butter . Masukkan susu pekat dan kacau sebati
  • Masukkan milo dan serbuk koko . Kacau rata
  • Masukkan biskut marie dan kacau bg rata . 
  • Tuang separuh dlm loyang dilapik kertas. Tekan padat. Patahkan biskut oreo n tabur.
  • Tuang baki biskut marie tadi n padatkan kemudian patahkan lagi biskut oreo n taburkan.
  • Tekan sedikit supaya biskut oreo melekat. Sejukkan.
  • Siap!

2 – Kek Batik Biskut Marie + Badam


‎source : google image‎‎
Bahan-Bahannya :
  • 1 paket biskut Marie (1 keping patahkan jadi dua.. nak patahkan jd 4 bahagian pun boleh)
  • 2 cawan milo *
  • 2 sdb serbuk koko 
  • 1 cawan butter* ( guna marjerin pun boleh)
  • 3/4 cawan susu pekat manis *(suka manis bleh tambah
  • 1/ 2 cawan air panas*
  • 2 biji telur
  • Badam keping ( disangan )
Cara-Cara Membuatnya :
  • Sapu marjerin pada loyang dan lapik dgn plastik. .ketepikan. .
  • Satukan semua bahan yang bertanda *
  • Masukkan dlm kuali atau periuk
  • Masak guna api sederhana perlahan
  • Sentiasa kacau bila dah sebati dan mendidih masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati
  • Bila dah mendidih, masukkan biskut marie yg dipatah-patahkan tadi.
  • Kacau dlm 2- 3 minit hingga sebati.. ( sy suka kek batik yg lebih lembab.. jadi sy biarkan kuah coklat tu kering sikit pada biskut)
  • Dah siap tutup api dan terus masukkan dlm loyang
  • Tekan2kan guna senduk bagi padat dan rata
  • Taburkan badam dan biarkan sedikit suam
  • Masukkan dlm peti sejuk, selepas 1 jam, bolehlah dipotong

3 – Kek Batik Lembut Guna Biskut Jejari


source : google image‎
Bahan – Bahannya :
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 cwn milo 
  • 1 ketul butter(250 gm) 
  • 2 bungkus biskut jejari 
Cara-Cara Membuatnya :
  • Cairkan butter, masukkan susu pekat
  • Masukkan milo kacau sebati smp semua cair dan pekat 
  • Lapik plastik pada loyang
  • Susun biskut selapis demi selapis ambik 1 senduk coklat setiap lapis 
  • Atas tu sy tabur almond nip
  • Sejukkan 4 atau 5 jam baru potong

4 – Resepi Kek Batik Cheese


source : google image‎
Bahan-Bahannya :
  • 250gm butter
  • 1/2 cawan susu pekat
  •  21/2 Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1pkt biskut meri  (Masak macam biasa)
*Untuk Cream Cheese
  • 500gm cream chees
  • 1 cawan gula aisin
  • 1 bj telur
  • 2 sudu besar tepung gandum (mix sebati)
Cara-Cara Membuatnya :
  • Lepas masukkam kek batik,tuang cream cheese
  • Bakar 150″ 20minit la lebih kurang 
  • Saya pakai Loyang 10″ x10″ untuk nampak nipis Dan besar
source : google

Comments