RESEPI MURTABAK MAGGI . EASY & SIMPLE !
1.Sebungkus mi segera ikut perisa kegemaran masing- masing
Source : Google Image |
Source : Google Image |
Nisbah 2 biji telur untuk sebungkus mi segera. Jadi kalau nak buat lebih sebungkus, tambahkan telur ye.
2 bahan di atas adalah yang paling asas, sesuai untuk budak-budak yang tak makan sayur atau memang kat rumah takde sayur. hehe. Kalau nak lagi sedap, boleh tambah bahan bahan berikut:
- Hirisan cili besar
- Daun bawang dan daun sup dipotong kecil
- Bawang besar dicincang atau potong dadu
Source : Google Image |
Dalam resepi murtabak maggi yang ni, saya cuma masukkan bunga kobis sikit, dari biar kosong je kan.
Cara penyediaan:
-Celur mi segera sahaja tanpa campur perisa sampai mee terurai. Celur jangan lama sangat sampai mi terlampau lembut. Tapi janganla celur kejap sangat sampai mi tak sempat nak lembut. Agak-agakla ye. Macam saya, celur dalam 2 minit gitu aje.
-Toskan mi kemudian letak dalam mangkuk. Campurkan perencah mi segera tadi dan gaul rata. Saya guna perencah kari dan tak letak semua takut terlampau masin. Letak dalam 3/4 bungkus je. Ni ikut selera masing-masing ye.
-Kemudian, letak sayur kalau ada. Macam saya buat ni cuma ada bunga kobis je, jadi saya gaul bunga kobis yang dah dicincang dan pergi ke step seterusnya.
-Basuh telur bersih-bersih (telur yang tak dibasuh is unlawful to eat ye ibu- ibu sekalian, ada yang tak tahu jadi saya cuma ingatkan), dan pecahkan 2 biji telur tadi ke dalam mi segera. Gaul sebati.
-Panaskan kuali leper, letak sesudu minyak masak dan masukkan adunan murtabak maggi tadi. boleh serakkan untuk lebih lebar atau biar tebal. Balikkan bila dah garing dan angkat.
-Kemudian bolehla potong2 murtabak untuk dimakan bersama sos atau boleh juga dimakan begitu sahaja.
Source : Google Image |
TARAAAAAAA DIPERSILAKAN MAKAN !
Comments
Post a Comment