Resepi Nasi Arab


Source : Google



Bahan Bahan

Ayam

  • 6 Biji Bawang Merah
  • Garam
  • Kunyit
  • Saffron (Saya tak letak sebab mahal. Hehehe)
  • Seekor Ayam

Nasi

  • Bawang Merah
  • Kulit Kayu Manis
  • 5 kuntum Pelaga
  • Cili/Serbuk Black Pepper
  • Minyak
  • Minyak Masak

Cara Cara Memasak


  1. Bawang besar 6 biji. Potong & susun penuh menutupi dasar periuk.
Source : Google



2. Garam, kunyit, safron (saya tak letak sebab mahal HEHEHE tapi saya gantikan dengan serbuk pewarna kuning sikit – sengaja carik penyakit HUHUHU). Letak ayam atas bawang tadi. Tutup periuk dengan aluminium foil & masak guna api kecil selama 1/2-1 jam.
Source : Google


3. Dah siap! Hasilnya selepas 1/2 jam. Bebawang ni jangan buang sebab nak masuk kat dalam nasi.




Source : Google


4. Bakar ayam guna oven. Saya bakar guna magic pan jek sebab pemalas so tak berapa lawa lah kulit ayam nya

Source : Google



5. Bawang merah, kulit kayu manis, 5 kuntum pelaga, garam, minyak. Puan Najwa kata kalau suka boleh letak cili tapi saya letak serbuk blackpepper.
***Minyak saya buh lepas nasi dah masak sebab nak guna minyak daripada lemak ayam yang di bakar tadi (warnanya kuning sebab tu letak kemudian)



Source : Google


6. Ni macam biasa lah. Trick nak dapat Nasi Arab yang wangi & lebih sedap. Bakar arang seketul. Utk bekas letak bara arang, guna je aluminium bekas tutup periuk tadi.
Bentukkan jadi mangkuk kecil yang berfungsi menakung minyak & menghalang bara arang terkena pada nasi. Buat lubang kat tengah nasi, letak ‘mangkuk’ aluminium foil tadi dan isi minyak masak 1 sudu besar.
Source : Google



7. Mula mula masukkan air/jus & minyak ayam tadi. Masuk sekali bebawang semua. Letak sekeliling atas nasi.
Source : Google


8. Baru letak bara arang dan tutup periuk.


Source : Google


9. Patutnya masuk sekali ayam time buh bara arang tapi terlupa



Source : Google



10. Keluarkan ‘mangkuk’ aluminium foil berisi bara arang tadi. Ratakan nasi dengan bebawang tapi pastikan tak kena pada semua bahagian nasi untuk hasil warna nasi yang putih & kuning. Guna chopstick untuk elak nasi patah seribu



Source : Google



11. Makan la bersama salad & sos Arabnya (lupa nama)



Source : Google



Selamat Mencuba














Comments