Tips jimat duit makan untuk student

1. Masak Sendiri!

(source:google)
Image result for share food Yelah, bergantung juga kepada pilihan ini boleh atau tidak. Di apartment kolej kami dulu, kami boleh je beli peti ais, multicooker, portable induction cooker. Kalau masak sendiri, beras 30sen je berbanding beli RM1, telur sebiji baru 40-50sen, sayur seikat Rm1-2, ayam Rm7-8 seekor kan. Sardin setin besar pon boleh cari semurah Rm3 (ni jenama Tesco) ke Rm6 boleh makan beberapa hari.
Kalau asrama uni benarkan satu je atau bajet duit, belilah multicooker ~RM100-150 boleh masak nasi, goreng, stim dsb.
Tak pandai masak? Banyak buku resepi bawah RM10. Nak free dan variety, google je. Takde skil? Tengok je video masak kat YouTube.



2. Share lauk!
Ni cara saya sebilik time persediaan dulu. Masak tak boleh, so apa kami buat, beli nasi cukup untuk serumah, beli lauk dan sayur yang sama untuk serumah boleh kenyang pagi dan petang. Sehari spend kurang RM10 untuk 4 orang beli sayur+lauk kat kafe, Alhamdulillah duit makan RM100 je sebulan, itu pun ada lebih buat beli kek besday. Nak lagi best makan dalam talam ramai-ramai. Kan Rasulullah kata 2 cukup untuk 3, 3 cukup untuk 4.                                                                              (source:google)

(source:google)
 Ni cerita time kolej la, sekarang mungkin dah naik skit harga.

3. Bahagi dua!
Semasa mula-mula masuk kolej, saya selalu beli nasi penuh dengan lauk dan sayur kemudian bahagi dua pagi dan petang. Tak sejimat No.2 dan kena jaga-jaga supaya tak beli kuah cepat basi. biasanya santan, tomato juga cepat basi.

4. Beli Nasi Lemak!
Nasi Lemak adalah set makanan lengkap dengan nasi, lauk telur, sayur timun dan kacang. Dah lah murah, boleh kenyang untuk sepagi, dan kalau masih elok/boleh tahan, kenyang untuk sepetang juga. tapi, ehem, jaga berat juga ye jangan but selalu makan nasi lemak je pagi petang setiap hari.

5. Beli barangan runcit secara pukal.
Kalau masak sendiri, biasakan beli barang secara pukal di pasar raya. Biasanya telur 30 biji lebih murah daripada telur 10 biji, ayam seekor lebih murah daripada beli ayam ikut bahagian, etc. Cuma jagalah expiry date.

6. Promosi, kad dan kupon.
Gunakan promosi yang ada untuk borong banyak-banyak sewaktu promosi. PTPTN pon dapat per sem kan. Ehem. Ada sesetengah pasar raya mempunyai kad untuk kumpul mata, juga kadang-kadang beri kupon atau e-kupon jika melanggan newsletter.
(Baru guna RM40 kupon daripada Tesco min pembelian Rm160. Bahagia.)

7. Elakkan makan di restoren.
Jangan biasakan diri makan/belajar di restoren. Banyak belanjanya. Kalau sekali sekala meraikan keputusan gempak takpe. Klu selalu. Habis la juga duit.
(source:google)

8. Kerja je di restoren.
Tak kira restoren apa, pekerja restoren biasanya dapat makan free. Dah la dapat Kerja di Nando's hari hari dapat makan Nandos yang sedap dan harga premium tu free. Kan best. Kerja Nasi kandar dapat makan lauk macam-macam di sana. Kerja Big Apple dapat makan Big Apple. Wahhh.

9.Habis/tak cukup duit juga? Masak je bubur.

Alhamdulillah saya tak pernah lagi tak cukup duit untuk makan. Klu takde duit sangat, masak bubur makan dengan sardin atau telur atau ikan bilis. Mungkin boleh cek balik di mana silapnya tak cukup duit tu. Ada yang benar-benar daripada keluarga susah. Tapi ramai yang saya jumpa sebab salah menguruskan kewangan. Wallahua'lam.

Apapun yang penting jaga juga kesihatan. Makan Maggi hari-hari tak elok juga. Lagipun, tak kenyang sangat makan maggi.

Comments